Latar belakang Edgar (opera)

Edgar merupakan opera ke-2 Puccini. Dana dan modal disumbang oleh rakan karibnya Giulio Ricordi, sama seperti opera beliau yang pertama, Le Villi. Versi asal mempunyai 4 babak dan mendapat sambutan yang kurang baik. Pada Januari 1890, Puccini merubah versi asal termasuk pengakhiran yang berbeza untuk babak yang ke-3. Pada musim luruh 1891, Puccini merombak opera ini lagi sekali dan mengurangkan dari 4 ke 3 babak sahaja. Rombakan terakhir ini mendapat sambutan yang lebih dingin dari opera 4 babak yang asal. Sesetengah muzik yang dipotong dari versi 1891, digunakan untuk opera Tosca dan menjadi duet yang merdu untuk babak ke-3 "Amaro sol per te m'era il morire!". Babak pengkebumian dari babak ke-3 dimainkan pada masa pengkebumian Puccini oleh Arturo Toscanini.

Banyak persamaan di antara opera ini dengan opera Carmen, hasil karya penggubah adalah Georges Bizet. Kedua-dua opera ini mempunyai watak seorang pemuda yang keliru (tenor : Edger, Don José) yang terpaksa berhempas pulas untuk memilih antara cinta sejati dengan gadis dari kampung halaman beliau (soprano: Fidelia, Micaëla) ataupun seorang gadis eksotik gipsi (mezzo-soprano: Tigrana, Carmen)